Friday 27 January 2012

HUKUM ADAT

KONSEP ADAT

v Satu sistem masyarakat yang tersusun dan tersusun yang telah diamalkan di negara asia tenggara, asia selatan dan asia timur sebelum abad ke 19.sistem masyarakat ini adalah berdasarkan hukum adat, peraturan-peraturan tradisi dan undang-undang yang menjadi panduan dalam kehidupan individu dan kehidupan bermasyarakat.
v Unsur saling menghormati antara masyarakat telah lama diamalkan. Hubungan ini melahirkan sistem nilai yang mengawal perlakuan anggota masyarkat. Sistem ini dikenali sebagai hukum adat. Hukum adat ini merangkumi segala tatacara perilaku masyarakat berkenaan. Hukum adat disampaikan secara lisan daripada satu genersi ke generasai yang lain. Melanggar hukum adat bermakna melanggar tatacara diamalkan dalam sesuatu masyarakat majlis.
v Adat ini juga menjadi simbol keseimbangan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam dan jika tidak dijaga, kemusnahan alam akan menimbulkan malapetaka terhadap manusia.
v Adat juga adalah memastikan keadilan dan kebenaran diamalkan dalam sesebuah masyarakat dan menjadi amalan asas yang diamalkan oleh masyarakat berkeluarga,bersosial beragama, sistem ekonomi dan sebagainya. Ini akan mengikat masyarakat daripada melakukan perkara-perkara yang bertentagan.
v Bagi mereka yang melanggar hukum adat ,mereka akan menerima hukuman yang dijalankan oleh ketua adat. Melanggar adat boleh didefinisikan sebagai melanggar ketentuan yang telah ditetapkan oleh nenek moyang mereka atau orang dulu-dulu.
v Bagi institusi pula, Majlis Orang Tua bertanggungjawab mengendalikan hukum adat dan mereka dipilih berdasarkan berpengalaman,pengaruh ,dihormati dan bertanggungjawab dalam masyarakat. Mereka juga dijadikan sebagai pakar rujuk untuk mendapatkan nasiht.

SISTEM ADAT YANG DIAMAL DI NEGARA ASIA TENGGARA

THAILAND

Ø ADAT MENGHADAP RAJA

v Mengamalkan adat  menghadap raja.
v Rakyat Thailand mempercayai unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah membolehkan pemerintah disanjung.
v Dengan unsur ketuhanan juga menganggap bahawa raja Thailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci.
v Rakyat dilarang menatap muka raja malah sesiapa yang menatap muka raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan matanya.
v Rakyat perlu mengamalkan amalan menyembah raja secara bersujud sebagai perhormatan dan taat setia kepada raja. Contohnya adat ini dipraktikkan semasa pemerintahan Rama 3 yang mengarahkan rakyatnya merangkak masuk dan berada dalam kedaan meniarap ketika menghadap baginda
v Amalan ini telah dihapuskan oleh Chulalongkorn pada tahun 1873 apabila baginda dilantik mengantikan Raja Mongkut dimana raja chulalongkorn telah memerintahkan supaya rakyat bangun daripada kedudukan meniarap mereka dan ini bertujuan membaiki kebajikan rakyatnya.
v Malahan Raja Mongkut telah memerintahkan rakyatnya melihat mukanya dan telah berdamping rapat dengan rakyatnya.
Ø ADAT MENJUAL ISTERI

v Masyarakat Thailand juga mempunyai satu adat yang unik iaitu adat menjual isteri dan anak.
v Menurut adat ini bapa mempunyai hak mutlak keatas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan yang dimilikinya.
v Oleh yang demikian, isteri dan anak boleh dijual untuk dijadikan hamba.


Ø ADAT MEMAKAI PAKAIAN PANONG

v Pengaruh agama Buddha amat kuat di Thailand. Contohnya dapat dilihat terbinanya    50 000 kuil.
v Melalui sami-sami Buddha juga, negara Thailand dapat berhubungan dengan adat istiadat jajahan India. Misalnya pakaian beradab di negeri Thai iaitu pakaian panong.
v Pakaian panong ialah sehelai kain yang dililit dibawah bahagian badan dan dimasukkan di sebelah kaki seperti pakaian dhoti yang dipakai oleh masyarakat india
v Pakaian panong ini dipakai oleh lelaki dan perempuan Thai.
v Walaubagaimanapun adat ini telah dihapuskan oleh Maja Mongkut dan baginda juga telah mengahapuskan adat tidak memakai baju yang diamalkan khunnang.


SISTEM ADAT YANG DIAMALKAN DI NEGARA ASIA TIMUR DAN ASIA SELATAN

CHINA

v Adat di China mula diamalkan sejak mereka dilahirkan sehinggalah pada hari kematian.



Ø ADAT MENGHADAP RAJA

v Masyarakat cina juga mengamalkan adat kowtow iaitu satu cara menghormati raja ketika menghadap raja. Dimana rakyat akan meniarap 9 kali dihadapan maharaja sebagai penghormatan kepada pemerintah.
v Adat ini diguna pakai kepada orang barat yang datang ke negara cina. Contohnya duta-duta dari negara Portugis , Belanda dan England di kehendaki melakukan kowtow dihadapan maharaja.

Ø ADAT WANITA HAMIL

v Masyarakat cina mengamalkan adat wanita hamil dimana wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis social seperti perkahwinan dan pengebumian dari mula proses kehamilan sehinggalah ke seratus hari selepas tempoh bersalin.
v Wanita yang juga perlu berehat dan perlu mengambil banyak makanan yang berkhasiat dan mereka dilarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mentah bagi mengelak mereka jatuh sakit.

Ø ADAT BERKENAAN BAYI

v Masyarakat cina juga mempunyai adat berkenaan bayi atau anak kecil dimana semasa bayi dilahirkan,dia berumur satu tahun dan samasa berumur satu tahun dia dikira berumur dua tahun.
v Masyarakat cina juga menitik beratkan soal pendidikan sejak kanak-kanak lagi dan mereka juga ditekankan dengan ajaran Confucius dan menghormati keluarga.

Ø  ADAT MEMINUM TEH

v Masyarakat cina juga mengamalkan adat minum teh. Adat ini pada mulanya diamalkan oleh golongan bangsawan sahaja. Selepas kurun ke 8 , masyarakat cina secara keseluruhannya mula mengamal adat ini.

Ø ADAT KEUTAMAAN PADA KAUM LELAKI

v Adat cina memberi keutamaan pada kaum lelaki iaitu adat berkenaan anak lelaki.
v Menurut masyarkat cina tradisional anak lelaki penting dalam sesebuah keluarga bagi mengekalkan nama keluarga.
v Bagi anak perempuan yang berkahwin pula, secara tidak langsung mereka akan memutuskan hubungan dengan keluarga dan mengunakan nama keluarga suaminya. Oleh itu , anak lelaki disambut meriah berbanding dengan kelahiran anak perempuan.

Ø ADAT  BERKAITAN ANAK PEREMPUAN

v Masyarakat cina juga mempunyai adat berkaitan anak perempuan.
v Anak permpuan akan sentiasa dikawal dan tinggal di rumah sahaja. Untuk memastikan kawalan anak ini dilaksanakan, kaki anak lelaki perempuan dibebat antara 3 hingga 8 tahun. Keadaan ini menyebabkan pertumbuhan kaki menjadi tidak seimbang dan mereka hanya mampu melangkah pendek ketika berjalan.

Ø ADAT BERKAHWIN

v Adat berkahwin juga menjadi amalan dalam masyarakat cina. Dimana pihak pengantin perempuan tidak akan mengadakan majlis perkahwinan dan hanya diadakan oleh pihak lelaki sahaja.
v Malahan, dalam masyarakat cina perkahwinan diatur sejak kecil lagi untuk mengeratkan perhubungan kekeluargaan.
v Masyarakat cina mementingkan perkahwinan untuk melahirkan generasi baru bagi menggantikan generasi lama.
v Masyarakat cina juga percaya kesalahan terbesar seorang anak ialah tidak melahirkan generasi akan datang dan perkara ini akan menghapuskan keturuna generasi orang tua nya kerana setelah mereka meninggal dunia kelak, tidak akan ada persembahan bagi memuja roh mereka. Oleh itu mereka yang tidak mempunyai anak dianggap memalukan generasi yang terdahulu daripadanya.


INDIA

Ø ADAT MENCECAH MADU

v Masyarakatnya mengamalkan hukum adat yang berkaitan pengaruh agama hindu.
v Pengaruh agama hindu banyak mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat india contohnya mencecah madu yang dicampur minyak sapi kebibir bayi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.

Ø ADAT WANITA HAMIL

v Masyarakat india mempunyai adat khas bagi wanita hamil dimana ia perlu menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ibu tersebut akan mempengaruhi anak dalam kandung.
v Contohnya perbuatan seperti mengumpat , bergaduh dan sebagainya. Ini bertujuan untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi kuasa jahat.

Ø ADAT SUTTEE
v Masyarakat india juga mementingkan adat suttee. Adat ini diamalkan apabila seorang isteri kematian suaminya iaitu dimana siisteri  merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami semasa upacara pengebumian.
v Namun begitu, menurut R.C. Majumda dalam bukunya ‘An Advanced History of India’,terdapat balu-balu yang dipaksa melalui upacara ini dan mereka diberi ganja untuk menghilangkan rasa kesakitan semasa melalui upacara berkenaan.
v Namun adat suttee telah dihapuskan oleh William Bentick melalui akta 1829. Walaupun Lord Minto berusaha menghapuskannya pada tahun seblumnya tetapi tidak Berjaya dan dianggarkan pada tahun 1818 sebanyak 800 balu telah menjalankan adat suttee di pendalaman Bengal.
v Usaha Bentick telah mendapat sokongan daripada Hakim Sadar Nizamat Adalat, Ram Mohan Roy,dan Putera Dwarka Nath dari Tagore.
Ø ADAT  THUGGEE

v Masyarakat India juga mengamalkan adat thuggee yang dilakukan oleh golongan Thug diwilayah Timur Laut India.
v Adat ini merupakan satu system rompakan dan pembunuhan dijalan raya.
v Dijalankan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.

Ø ADAT PEMBUNUHAN BAYI PEREMPUAN

v Masyarakat India juga bersifat patrilinal iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding anak permpuan oleh itu masyarakat Indai tidak gemar atas kelahiran bayi perempuan.
v Bagi mengatasi masalah ini , mereka mengamalkan pembunuhan bayi perempuan. Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil lagi iaitu semasa bayi ini ingin menyusu dimana ibu bayi akan meletakkan racun pada puting susu dan menyusukan bayinya.
v Ini  bertujuan mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowry apabila anak mereka berkahwin kelak.
v Bentick telah menghapuskan amalan ini dan disokong oleh Brahmo Samaj dan Ram Mohan Roy. Tujuanya ini bertujuan untuk memulihkan kembali sistem sosial masyarakat

Ø ADAT TIDAK MEMBENARKAN PERKAHWINAN SEMULA BALU

v Balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka.
v Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih sahaja.
v  Mereka juga tidak menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang kerumah keluarga sendiri.
v  Lord Dalhousie memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula Balu pada tahun 1853, golongan ini dibenarkan berkahwin semula walaupun akta ini dicipta untuk kebaikan kaum wanita namun ia tidak dapat diterima oleh masyarakat india.
KESIMPULAN

v Adat, peraturan dan undang-undang merupakan garis panduan untuk membentuk  keperibadian sesebuah masyarakat. Adat juga berperanan sebagai kawalan sosial yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli masyarakat tersebut. Adat juga berperanan mengikat anggota masyarakat untuk tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan normal masyarakat. Pengamalan peraturan dan undang-undang pula adalah untuk menjaga keamanan , keharmonian,tanggungjawab rakayat kepada pemerintah,dan tanggungjawab pemerintah kepada rakyat.
v Kedatangan barat telah menyebabkan system peruudangan tradisi berubah. Kuasa politik dan ekonomi yang dipegang oleh pihak penjajah telah menyebabkan system perundangan tradisi diketepikan. Kuasa perundangan yang ada pada pemerintah tradisional mula digantikan dengan kuasa perundang masyarakat.

Sistem Ekonomi Asia

1.Konsep Ekonomi Sara Diri

- Konsep ini bermaksud sesuatu aktiviti ekonomi bertujuan untuk keperluan asas dan tidak bertujuan untuk diperdagangkan.
- Ekonomi sara diri ialah sistem ekonomi yang tidak mempunyai apa-apa hasil dari kebun-kebun yang diusahakan itu dijual. Semua hasil dari kebun digunakan oleh keluarga sahaja. Hanya sekiranya ada kelebihan barangan itu ditukar menggunakan sistem barter atau diperdagangkan dengan keperluan asas lain.
- Ekonomi sara diri diamalkan dengan menumpukan kepada aktiviti pertanian dan diselang-selikan dengan aktiviti perdagangan dan perlombongan.
-Masyarakat tradisional juga menjalankan kegiatan perternakan ,penangkapan ikan ,memburu binatang pertukangan dan mengutip hasil hutan
-Masyarakat  tradisional tidak mengamalkan satu pengkhususan pekerjaan. Oleh itu seorang petani boleh menjalankan aktiviti bertani disamping menangkap ikan,memburu binatang dan mencari hasil hutan. Kesemua usaha ini dilakukan mengikut keperluan keluarga sahaja.


2.Konsep Ekonomi Komersial

-Kegiatan ekonomi komersil merupakan asas dalam pertukaran dan penjualan barangan dan penglibatan dalam perdagangan dan perlombongan. Kegiatan perdagangan ini memanglah tidak asing lagi di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.
-Di Asia Selatan, barang dagangan utama ialah hasil pertanian. Selain itu, kain “calico” dari Benggal juga sangat popular di seluruh dunia. Kain itu amat disukai oleh penduduk di Asia Tenggara dan penduduk di negeri China.
- Di Asia Timur, barang dagangan utama ialah kain sutera dan tembikar.
-Di Asia Tenggara, rempah ratus menjadi barang dagangan utama. Selain itu, padi dari Myanmar dan Thailand serta Vietnam juga diperdagangkan secara meluas. Padi di negeri-negeri ini dihasilkan secara intensif kerana permintaan terhadapnya tinggi. Teknologi yang digunakan juga meningkatkan lagi keluarannya. Peningkatan penduduk dan galakan dari pemerintah juga merangsangkan tanaman ini diusahakan secara besar-besaran.
- Selain negeri-negeri ini, Jawa juga membekalkan beras. Jawa Timur dan Bali merupakan pembekal kain manakala Luzon (Filipina), Sibu, Panay (Filipina) pula memasarkan kapas. Gula yang dikeluarkan di Jawa, Siam, Kampuchea, Vietnam dan Filipina pula dijual ke negeri China dan Jepun.
-Kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat kerana terdapatnya sungai-sungai yang menjadi jalan perhubungan bagi memudahkan kegiatan komersil berjalan lancar, contohnya Sungai Ganges, Mekong, Menam Chao Phraya dan Sungai Yang-tze Kiang. Di China terdapat pelabuhan penting seperti Fukkien, Canton, Tien Sin, Peking dan Shanghai.
-Selepas kedatangan pihak penjajah ke rantau ini, kegiatan komersil di rantau ini mulai berubah. Kini, tanah telah dijadikan elemen penting dalam pertanian dan ia boleh dijual beli. Sebelum ini seperti di Vietnam, tanah tidak boleh dijual dan ia merupakan milikan raja.
-Selain itu, kegiatan pertanian juga mulai dijalankan secara besar-besaran. Lading-ladang, estet-estet telah dibuka. Tanaman yang sudah ditanam di rantau ini juga telah diusahakan dengan besar-besaran, contohnya tebu. Pelbagai tanaman baru juga ditanam seperti getah dan kelapa sawit. Dalam perusahaan, modal yang besar diperlukan dan konsep buruh bergaji juga mula dijalankan. Dalam perlombongan, imperialis barat juga cuba menguasainya.



3.Aktiviti Sara Diri Secara Umum

Pengenalan

-Ekonomi sara diri bermaksud sesuatu aktiviti ekonomi bertujuan keperluan asas dan tidak bertujuan untuk diperdagangkan. Ekonomi sara diri ialah satu sistem yang tiada apa-apapun hasil dari kebun-kebun yang diusahakan itu dijual keluar. Kegiatan ekonomi sara diri ini lazimnya, tidak memerlukan modal yang banyak,peralatan yang digunakan tidak memerlukan peralatan yang canggih. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu.


Isi-isi

1.Pertanian

- Dalam sistem ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat tempatan, kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan menanam padi sawah dan padi huma. Penanaman padi sawah dijalankan di kawasan delta sungai.Penanaman padi sawah bergantung kepada sistem pengairan.Sungai akan diempang untuk mengairi sawah-sawah padi. Negeri yang menjadi kawasan penanaman padi sawah yang utama di Tanah Melayu ialah Kedah, Kelantan,Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Manakala padi huma ditanam di kawasan bukit yang tidak memerlukan banyak air. Penanaman padi huma dilakukan olehorang asli di kawasan pedalaman di Tanah Melayu

2. Hasil hutan

-Seterusnya ialah aitiviti memungut hasil hutan. Hasil-hasil hutan yang di pungut biasanya ialahmengkuang,rotan,buluh,damar,nipah,daun ketupat,kabung,pinang,akar-akar kayu serta pelbagai jenis kayu-kayuan. Hasil-hasil hutan yang dikutip digunakan untuk menghasilkan barangan seperti tikar,bakul,atap rumah,ubat-ubatan,membina rumah,membuat perabot dan lain-lain. Aktiviti ini biasanya dikenali sebagai meramu.

3. Perikanan

-Menangkap ikan juga merupakan salah satu aktiviti sara diri yang dilakukan. Kegiatan menangkap ikan juga penting dalam system ekonomi sara diri terutamanya bagi penduduk di persisiran pantai .kegiatan ini biasanya dilakukan di pinggir laut,sungai,kolan,tasik,sawah padi dan sebagainya. Musim penangkapan ikan adalah di antara bulan Mac hingga oktober. Antara bulan November hingga Februari yang dianggap sebagai musim tengkujuh,aktiviti tersebut dihentikan kerana laut bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Terdapat juga sesetengah nelayan menangkap ikan di kolam,tasik dan sawah padi di samping membaiki alat-alat menangkap ikan.  Pancing,jala,tangguk,lukah,tombak,serampang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan kolam manakala bubu,jarring,kelong dan pukat digunakan untuk menangkap ikan di laut. Hasil tangkapan adalah seperti ikan,udang,sotong dan ketam.

4. Penternakan

-Selain itu,aktiviti menternak binatang,memburu dan bertukang merupakan aktiviti sampingan yang dilakukan. Masyarakat melayu biasanya menternak ayam,itik,lembu,kerbau dan kambing. Selain untuk di makan,binatang ternakan dijadikan tenaga kerja untuk memudahkan kerja membajak tanah.  Hasil bagi buruan pula ialah seperti pelanduk,kancil,rusa,arnab,burung dan sebagainya.terdapat juga haiwan yang diburu untuk bekerja mengangkut hasil kayua-kayuan seperti gajah. Pertukangan yang dijalankan pula petukangan kayu dan logam untuk membuat perahu,membina rumah dan menghasilkan alat-alat senjata. Hasil pertukangan biasanya ditukar dengan barangan keperluan harian seperti pakaian dan makanan.

5. Perlombongan

- Tanah Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai hasil galian seperti bijih timah,emas dan perak. Usaha mencari bijih timah dilakukan sepanjang kawasan dari Kedah ke Kuala Linggi seperti Beruas,Manjong,Sabak Bernam,Kuala Selangor ,Klang dan Jugra yang menjadi jajahan takluk Melaka pada abad ke-15. Kegiatan ini dijalankan secara primitive iaitu melalui kaedah mendulang atau melampan. Mendulang ialah cara menceduk bijih timah dari dasar sungai menggunakan dulang.melombong cara ini hanya dapat mengdapatkan hasil yang sedikit sahaja. Biasanya, kegiatan ini dikuasai oleh pembesar-pembesar tempatan dan juga pedagang-pedagang Cina. Namun begitu,hasil perlombongan mempunyai nilai yang tinggi untuk dijadikan mata wang.

6. Artisan/Pertukangan

- Masyarakat di Thailand juga menjalankan perusahaan kecil-kecilan bagi menampung ekonomi keluarga. Kegiatan yang dilakukan ialah perusahaan menenun kain selebar empat kaki untuk dibuat pakaian seperti sarung,lungyi,panung dan lain-lain.
- Aktiviti pertukangan yang dijalankan ialah pertukangan kayu dan logam untuk membuat perahu,membina rumah dan menghasilkan alat-alat senjata. Hasil pertukangan biasanya ditukar dengan barang keperluan harian seperti pakaian dan makanan. Aktiviti hanya dilakukan sebagai aktiviti sampingan demi memenuhi keperluan.


4.Aktiviti Komersial di Negara Thailand,India dan Jepun.


Thailand

a)Penanaman padi
- Padi sawah ditanam di kawasan yang subur di Dataran Bangkok (Lembah Menam Chao Phraya). Masyarakat Thailand juga menggunakan air tambahan yang diperoleh melalui banjir dari sungai-sungai. Sebelum tahun 1826,perdagangan beras di monopoli oleh keluarga diraja thai. Selepas 1826, Raja Rama III telah menamatkan sistem monopoli keluarga diraja.

b)Penanaman tebu
-Thailand juga menggalakkan perkembangan penanaman tebu.  Wilayah Makhon Chaisi telah dijadikan kawasan penanaman tebu mula terkenal. Kawasan lain yang turut ditanam dengan tebu ialah Bangplasoi,Peedriu dan Bangplakong. Lebihan hasil ini membolehkan Thailand mengeksport gula ke Negara China ,wilayah barat di India,Parsi,Arab dan Negara Eropah.


c)Lada hitam
- Tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam. Lada hitam telah menjadi hasil dagangan utama. Lada hitam turut dijadikan hadiah oleh Raja Thailand kepada kerajaan-kerajaan asing. Lada hitam ditanam di wilayah Chanthaburi, Bangplasoi, dan Tungyai. Pada tahun 1820-an, Thailand telah mengeksport lada hitam ke Indo-China dan negeri-negeri Tanah Melayu.

d) Getah
- Dalam sektor perlombongan, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan tertua. Sehingga tahun 1820-an, lombong-lombong bijih timah dikuasi oleh raja-raja dan pembesar Thai. Mereka menggunakan kaedah medulang, melombong siam dan melampan.Pengeluarannya adalah secara kecil-kecilan.

e) Bijih timah
- Thailand miskin dengan sumber mineral jika dibandingkan dengan Negara Asia Tenggara yang lain. Sumber mineral utama dan terpenting ialah bijih timah. Biji timah dilombong di Ranong dan Pulau Phuket. Aktiviti ini memerlukan modal yang besar dan teknologi yang tinggi. Dengan itu, sebelum perjanjian Bowring 1855,perlombongan bijih timah ini telah dikuasai oleh pemodal-pemodal Cina dengan kaidah pam rantai.

f) Gula
- Perusahaan gula yang dijalankan di Thailand ini , membolehkan bekalan gula mencukupi untuk kegunaan rakyat Thailand. Lebihan hasil ini membolehkan Thailand mengeksport gula ke Negara China,wilayah barat di India,parsi,Arab dan Negara Eropah.

g) Perdagangan
-Kegiatan perdagangan juga diusahakan di Thailand. Sehingga akhir abad ke-19,hanya raja dan golongan bangsawan sahaja yang mempunyai monopoli keatas urusan perdagangan. Raja telah memonopoli perdagangan  lada hitam,kayu cendana,garam ,sarang burung dan telur penyu.
- Semasa pemerintahan Taksin, Thailand mengadakan hubungan perdagangan di antara Ayudya dengan China bagi mendapatkan bahan-bahan binaan dan alat-alat senjata dengan menukarkan beras dan kayu. Akibat daripada hubungan ini,perdagangan luar Thailand terus kekal sebagai monopoli keluarga diraja,yang dijalankan dalam rangka sistem ufti Thailand-China.

India

a)Kapas
-Kapas merupakan bahan perdagangan yang penting di India meskipun ia merupakan kegiatan ekonomi sara diri. Kapas merupakan sumber asas terpenting dalam pembuatan kain sejak berabad lalu. Terdapat dua jenis kain kapas iaitu kain calico dan muslin yang dikeluarkan dari daerah Dacca, Lucknow, Patna dan Midnapore. Kain bafta, dhoti, dan chintz dihasilkan di barat laut India. Kegiatan perdagangan berasaskan kapas ini berlanjutan sehingga abad ke 20. Terdapat juga barang dagangan lain seperti minyak wangi, the, jut dan kain pelikat. India mempunyai hubungan perdagagan dengan Timur Tengah dan Asia Tenggara.

b)minyak wangi
- Merupakan salah satu bahan yang diperdagangkan di India. Penghasilan minyak wangi ini bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malah lebih kepada untuk diperdagangkan kepada pedagang-pedagang yang dating berdagang ke india contohnya Teluk Parsi.

c)teh
- Tanaman ini mula diperkenalkan di india apabila datangnya pedagang-pedagang dari Eropah. Teh merupakan salah satu tanaman yang di tanam semata-mata untuk diproses dan dijual perdagangkan secara besar-besaran dan bukan untuk dimakan. Daun the yang ditanam di salai untuk menghasilkan serbuk teh.










Jepun

Pertanian

-Lebihan tanaman terutama sutera dan dijadikan matlamat utama sebab ia mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada Jepun.Tambahan pula dasar pintu terbuka zaman Meiji ini,berlaku satu bentuk reformasi ekonomi secara besar-besaran di Jepun.
-Pertanian masih menjadi sektor yang penting sebab ia merupakan sumber utama pembekalan bekalan kepada penduduk.Secara langsung dengan wujudnya sumber pemakanan yang mencukupi untuk keperluan penduduk,maka Jepun mampu menumpukan perhatian kepada perkembangan-pekembangan ekonomi yang berikutnya,tanpa perlu berasa bimbang terhadap kekurangan bahan tersebut.
-Antara langkah awal yang dilaksanakan dalam usaha menjadikan aktiviti pertanian sebagai sector komersial,satu reformasi tanah telah berlansung.Suasana selepas perang yang memperlihatkan Jepun mengalami suasana kesukaran dapat dilihat daripada kekurangan bekalan makanan hingga menyebabkan pihak kerajaan mewajibkan petani menjalankan aktiviti penanaman padi.
-Reformasi pemilikan tanah telah dilakukan pada bulan Disember 1945,satu Rang Undang-undang Penyesuaikan Tanah telah dibentangkan dalam Diet(Parlimen)Jepun.Ia merupakan undang-undang reformasi tanah yang pertama bertujuan untuk membolehkan tuan-tuan tanah memiliki sebanyak 5 hektar tanah untuk bercucuk tanam dan menetapkan bahawa 40% daripada tanah sewa akan diambil kembali oleh kerajaan dalam tempoh 5 tahun.

Perdagangan
- Antara perkara penting yang menerangkan keadaan ini ialah pertambahan jumlah eksport yang besar diperlukan untuk memperoleh pertukaran asing bagi membiayaian import bahan mentah untuk kegunaan industry tempatan.
-Pada tahun 1870,beras dan gula telah menjadi barangan import yang utama sebelum bertambah kepada beberapa barangan lain termasuklah kapas,keluli,minyak mentah melebihi barang lain.Antara barang termasuklah kapas,jentera,gandum,bulu biri-biri,besi,batu arang dan bijih besi.Sutera pula menjadi bahan import yang asas dalam perkembangan industry pemprosesan sutera sebelum dieksport kembali.
-Daripada sudut ekport pula pada tahun 1870,antara barangan yang penting ialah the,benag sutera,hasil laut dan ia kekal sebagai barangan eksport utama sehingga tahun 1910.
-Bermula pada tahun,jumlah barangan eksport telah bertambah sejajar dengan perkembangan sector perindustrian yang pesat.Antara barangan utama ialah jentera,tekstil,kapas,keluli,gentian tiruan,benang sutera dan hasil laut.
-Oleh sebab,Jepun sangat bergantung kepada import barangan mentah dan bahan api,Jepun sebenarnya terikat denagn ekonomi dunia dan ia menjadi penentu kepada perjalanan system ekonomi  Jepun.

Perindustrian & Perbandaran
-Menjelang 1960-an,petani yang menjadikan aktiviti pertanian secara sepenuh masa hanyalah 10% daripada jumlah petani keseluruhannya.Ini berlaku disebabkab petani telah mula menjadikan sector pertanian sebagai pekerjaan sambilan sahaja.
-Semakin ramai yang tinggal dikawasan pertanian,namun berulang-alik untuk membuat pekerjaan dalam bidang perindustrian yang lain atau bekerjadi Bandar dan hanya kembali untuk mengerjakan sawah mereka pada musim tertentu.
-Selepas tahun 1930-an,Jepun telah menumpukan perhatian kepada perindustrian yang berat.Zaibatsul iaitu kumpulan syarikat monopoli dalam bidang ekonomi yang memiliki oleh sebuah keluarga telah memunculkan Sumitomo,Mitsui,Mitsubishi dan sebagainya.
-Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tidak banyak meninggalkan kesan kepada sektor perindustrian.Malah,tidak sampai 10tahun selepas perang,Jepun telah mencapai tahap pertumbuhan yang mengagumkan sehingga keluaran Negara Kasar (KNK)merupakan antara yang tertinggi di dunia.
-Dalam tahun 1960-an,ekonominya menjadi ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Kesimpulan
- Pada abad ke-19,asia tenggara,asia selantan dan asia timur telah mewujudkan system ekonomi sara dan komersial.Sistem ekonomi yang dijalankan di Asia Tenggara,Asia Selantan dan Asia Timur adalah bercorak pertanian.Secara umumnya,antara 1800 hingga 1963 negara-negara di rantau tersebut telah mengalami 2 perkembangan yang ketara iaitu system ekonomi sewaktu berada dalam perjajahan dan system ekonomi yang ke-2 berlansung setelah era perjajahan.